للحبيب عَبْدِ الله بْنِ عَلَوِي الْحَدَّاد
الى اللغة
الاندونسية
Ratib Al Haddad
Semoga Allah merahmatinya [Rahimahu Allahu Ta’ala]
Bacalah Al-Fatihah kepada ketua, penyshafaat, nabi dan penolong kita Muhammad s.a.w
1. Dengan nama
Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.
Segala puji bagi Allah, Tuhan seluruh alam, Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang, Yang Menguasai hari Pembalasan (hari Akhirat). Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Yaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.
Syarah
Diriwayatkan oleh Abu Sa’id ibn al-Mu’lla r.a.: “Senangkah kamu jika Aku ajarkan sebuah Surah yang belum pernah diturun dahulunya, baik dalam Injil maupun Zabur dan Taurat? Ia adalah Al-Fatihah.
Surah 15 Al-Hijr : Ayat 87: “Dan sesungguhnya Kami telah memberi kepadamu (wahai Muhammad) tujuh ayat yang diulang-ulang bacaannya dan seluruh Al-Quran yang amat besar kemuliaan dan faedahnya.”
اَللهُ لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّوْمُ لاَ تَأْخُذُهُ
سِنَةٌ وَلاَ نَوْمٌ لَهُ مَا فِي السَّموَاتِ وَمَا فِي الأَرْضِ مَنْ ذَا الَّذِيْ
يَشْفَعُ عِنْدَه إِلاَّ بِإِذْنِهِ يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيْهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ
وَلاَ يُحِيْطُوْنَ بِشَيْءٍ مِنْ عِلْمِهِ إِلاَّ بِمَا شَآءَ وَسِعَ كُرْسِيُّهُ
السَّموَاتِ وَالأَرْضَ وَلاَ يَؤدُه حِفْظُهُمَا وَهُوَ العَلِيُّ العَظِيْمُ
1. Allah, tidak ada tuhan selain Dia. Yang Mahahidup, Yang
terus menerus mengurus (makhluk-Nya), tidak mengantuk dan tidak tidur.
Milik-Nya apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi. Tidak ada yang dapat
memberi syafaat di sisi-Nya tanpa izin-Nya. Dia mengetahui apa yang di hadapan
mereka dan apa yang di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui sesuatu apa
pun tentang ilmu-Nya melainkan apa yang Dia kehendaki. Kursi-Nya meliputi
langit dan bumi. Dan Dia tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Dia
Mahatinggi, Mahabesar. (QS. al-Baqarah Ayat 255 Ayat-al-Kursi)
Ayatul Kursi ini mengandungi khasiat yang besar.
Terdapat 99 buah hadith yang menerangkan fadhilahnya. Di antaranya
ialah untuk menolak syaitan, benteng pertahanan, melapangkan fikiran dan
menambahkan iman.
آمَنَ الرَّسُوْلُ بِمَآ أُنْزِلَ إِلَيْهِ
مِنْ رَبِّه وَالْمُؤْمِنُوْنَ كُلٌّ آمَنَ بِاللهِ وَمَلآئِكَتِهِ وَكُتُبِهِ وَرُسُلِهِ
لاَ نُفَرِّقُ بَيْنَ أَحَدٍ مِنْ رُسُلِهِ وَقَالُوا سَمِعْناَ وَأَطَعْناَ غُفْراَنَكَ
رَبَّنَا وَإِلَيْكَ الْمَصِيْرُ. لاَ يُكَلِّفُ اللهُ نَفْسًا إِلاَّ وُسْعَهَا لَهَا
مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ رَبَّنَا لاَ تُؤَاخِذْنَآ إِنْ نَسِيْنَآ
أَوْ أَخْطَأْنَا رَبَّنَا وَلاَ تَحْمِلْ عَلَيْنَا إِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى
الَّذِيْنَ مِنْ قَبْلِنَا رَبَّنَا وَلاَ تُحَمِّلْنَا مَالاَ طَاقَةَ لَنَا بِهِ
وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنآ أَنْتَ مَوْلاَنَا فَانْصُرْناَ عَلَى
الْقَوْمِ الْكَافِرِيْنَ
2. Rasul (Muhammad) beriman kepada apa yang diturunkan
kepadanya (Al-Qur'an) dari Tuhannya, demikian pula orang-orang yang beriman.
Semua beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya dan
rasul-rasul-Nya. (Mereka berkata), “Kami tidak membeda-bedakan seorang pun dari
rasul-rasul-Nya.” Dan mereka berkata, “Kami dengar dan kami taat. Ampunilah
kami Ya Tuhan kami, dan kepada-Mu tempat (kami) kembali. Allah tidak membebani
seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Dia mendapat (pahala) dari
(kebajikan) yang dikerjakannya dan dia mendapat (siksa) dari (kejahatan) yang
diperbuatnya. (Mereka berdoa), “Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika
kami lupa atau kami melakukan kesalahan. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebani
kami dengan beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang
sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang
tidak sanggup kami memikulnya. Maafkanlah kami, ampunilah kami, dan rahmatilah
kami. Engkaulah pelindung kami, maka tolonglah kami menghadapi orang-orang
kafir. (QS Al Baqarah Ayat 285-286)
Diriwayatkan daripada Abu Mas'ud al-Badri r.a katanya:
Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Dua ayat terakhir dari surah al-Baqarah,
memadai kepada seseorang yang membacanya pada malam hari sebagai pelindung
dirinya.
Dari Muslim, diriwayatkan daripada Abdullah ibn
Abbas r.a.: Apabila Jibril
sedang duduk dengan Rasulullah s.a.w., dia
mendengar bunyi pintu di atasnya. Dia mengangkat kepalanya lalu berkata: “Ini
ialah bunyi sebuah pintu di syurga yang tidak pernah dibuka.” Lalu satu
malaikat pun turun, dan Jibril berkata lagi, “Ia malaikat yang tidak pernah
turun ke bumi” Malaikat itu memberi salam lalu berkata, “Bersyukurlah atas dua
cahaya yang diberi kepadamu yang tidak pernah diberi kepada rasul-rasul sebelummu-“Fatihat al-Kitab dan ayat penghabisan Surah al-Baqarah”. Kamu akan
mendapat manfaat setiap kali kamu membacanya.
Tiada Tuhan Melainkan Allah, Yang satu dan tiada sekutu bagi- Nya. Bagi-Nya
لاَ إِلَهَ إِلاَّ
اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ يُحْيِي وَيُمِيْتُ
وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
(3X)
5. segala
kekuasaan, dan bagi-Nya segala pujian. Dialah yang menghidupkan dan yang
mematikan, dan Dia sangat berkuasa atas segala sesuatu (3X)
Dari Bukhari, Muslim dan Malik, diriwayatkan daripad a
Abu Hurairah; Rasulullah s.a.w berkata, “Sesiapa membaca ayat ini seratus kali
sehari, pahalanya seperti memerdekakan sepuluh orang hamba, Seratus kebajikan
dituliskan untuknya dan seratus keburukan dibuang darinya, dan menjadi benteng
dari gangguan syaitan sepanjang hari.”
سٌبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ لِلّهِ وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اْللهُ
وَاللهُ اَكْبَرُ(x3)
6. Maha
suci Allah, segala puji bagi Allah, tiada Tuhan melainkan Allah dan Allah Tuhan Yang Maha Besar. (3X)
Dari Muslim, diriwayatkan oleh Samurah ibn Jundah:
Rasulullah s.a.w bersabda: Zikir-zikir yang paling dekat di sisi Allah adalah
empat, iaitu tasbih, takbir, tahmid dan tahlil, tidak berbeza yang mana
aturannya apabila engkau berzikirullah.
سُبْحَانَ
اللهِ وَبِحَمْدِهِ سُبْحاَنَ اللهِ الْعَظِيْمِ (x3)
7. MAha
suci Allah segala puji khusus bagi-Nya, Maha suci Allah Yang Maha Agung. (3X)
Dari Bukhari, diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a.: Rasulullah s.a.w. bersabda: Dua zikir yang mudah
di atas lidah tetapi berat pahalanya dan disukai oleh Allah ialah: 'SubhanAllah
al-Azim dan 'SubhanAllah wa bihamdihi.'”
رَبَّنَا
اغْفِرْ لَنَا وَتُبْ عَلَيْنَا إِنَّكَ أَنْتَ التَّوَّابُ الرَّحِيْمُ (x3)
8. Ya Allah ampunlah dosaku dan terimalah taubatku,
sesungguhnya Engkau Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang. (3X)
Surah 4: An-Nisa’; Ayat 106: “Dan hendaklah engkau
memohon ampun kepada Allah; kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha
Mengasihani. (QS. Hud; Ayat 90)
اَللّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ، اَللّهُمَّ صَلِّ عَلَيْهِ وَسَلِّمْ (x3)
9. Ya Allah, cucurkan selawat ke atas Muhammad, Ya Allah, cucurkan selawat ke atasnya dan kesejahteraan-Mu. (3X)
Surah 33; Al-Ahzab, Ayat 56: Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat ke atas Nabi; wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam dengan penghormatan yang sepenuhnya.
Dari Muslim, diriwayatkan daripada Abdullah bin Amr: Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa berselawat kepadaku sekali,
Allah akan berselawat kepadanya sepuluh kali.
أَعُوْذُ بِكَلِمَاتِ
اللهِ التَّآمَّاتِ مِنْ شَرِّمَا خَلَقَ (x3)
10. Aku
berlindung dengan kalimat-kalimat Allah yang sempurna dari kejahatan
makhluk-Nya. (3X)
Dari Abu Dawud dan Tirmidhi, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang membaca doa ini tiga kali, tiada apa-apa malapetaka akan terjatuh atasnya.”
بِسْمِ
اللهِ الَّذِي لاَ يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الأَرْضِ وَلاَ فِي
الْسَّمَآءِ وَهُوَ الْسَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ (x3)
11. Dengan nama Allah yang dengan nama-Nya tiada suatu pun,
baik di bumi mahupun di langit dapat memberi bencana, dan Dia Maha Mendengar
Lagi Maha Mengetahui. (3X)
Dari Ibn Hibban; Nabi Muhammad s.a.w bersabda: “Hamba-hamba Allah yang membaca doa ini pada waktu pagi dan petang tiga kali, tiada apa jua kesakitan akan dialaminya.”
رَضِيْنَا بِاللهِ
رَبًّا وَبِالإِسْلاَمِ دِيْنًا وَبِمُحَمَّدٍ نَبِيًّا (x3)
12. Kami redha Allah sebagai Tuhan kami, Islam sebagai Agama
kami dan Muhammad sebagai Nabi kami. (3X)
Surah 3: Ali-Imran Ayat 19: Sesungguhnya agama (yang
benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam.
Dari Abu Daud dan Tirmidzi; Nabi Muhammad s.a.w.
bersabda: “Sesiapa membaca ayat ini di pagi dan petang hari akan masuk ke
syurga.”
بِسْمِ اللهِ وَالْحَمْدُ لِلّهِ وَالْخَيْرُ وَالشَّرُّ
بِمَشِيْئَةِ اللهِ (x3)
13. Dengan
Nama Allah, segala pujian bagi-Nya, dan segala kebaikan dan kejahatan adalah kehendak Allah. (3X)
Diriwayatkah oleh Abu Hurairah: Rasulullah s.a.w.
bersabda: Wahai Abu Hurairah, bila kamu keluar negeri untuk berniaga, bacakan
ayat ini supaya ia membawa kamu ke jalan yang benar. Dan setiap perbuatan mesti
bermula dengan ‘Bismillah’ dan penutupnya ialah “Alhamdulillah”.
آمَنَّا بِاللهِ وَاليَوْمِ الآخِرِ تُبْناَ إِلَى اللهِ باَطِناً
وَظَاهِرًا (x3)
14. Kami
beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, dan kami bertaubat kepada Allah batin
dan zahir. (3X)
Surah at-Tahrim Ayat
8: Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan “Taubat Nasuha”.
Diriwayatkan oleh Ibn Majah: Rasulullah bersabda: Orang
yang bertaubat itu adalah kekasih Allah. Dan orang yang bertaubat itu ialah
seumpama orang yang tiada apa-apa dosa.”
يَا رَبَّنَا وَاعْفُ عَنَّا وَامْحُ الَّذِيْ كَانَ مِنَّا (x3)
15. Ya Tuhan kami, maafkan kami dan hapuskanlah apa-apa (dosa)
yang ada pada kami. (3X)
Dari Tirmidhi dan Ibn Majah: Rasulullah s.a.w. berada di atas mimbar dan menangis lalu beliau bersabda: Mintalah kemaafan dan kesihatan daripada Allah, sebab setelah kita yakin, tiada apa lagi yang lebih baik daripada kesihatan
Surah 4: An-Nisa’: Ayat 106: “Dan hendaklah engkau memohon keampunan kepada Allah; sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”
ياَ ذَا الْجَلاَلِ
وَالإِكْراَمِ أَمِتْناَ عَلَى دِيْنِ الإِسْلاَمِ (x7)
16. Wahai Tuhan yang mempunyai sifat Keagungan dan sifat Pemurah,
matikanlah kami dalam agama Islam . (7X)
Sila rujuk ke no. 12. Moga-moga kita dimatikan dalam keadaan Islam.
Dan dari Tirmidhi, Rasulullah s.a.w. menyatakan di dalam sebuah hadith bahawasanya sesiapa yang berdoa dengan nama-nama Allah dan penuh keyakinan, doa itu pasti dikabulkan Allah.
ياَ قَوِيُّ ياَ مَتِيْنُ اكْفِ شَرَّ الظَّالِمِيْنَ (x3)
17. Wahai Tuhan yang Maha Kuat lagi Maha Gagah, hindarkanlah kami
dari kejahatan orang-orang yang zalim. (3X)
Seperti di atas (16); Merujuk hadith Rasulullah s.a.w,
sesiapa yang tidak boleh mengalahkan musuhnya, dan mengulangi Nama ini dengan
niat tidak mahu dicederakan akan bebas dari dicederakan musuhnya.
أَصْلَحَ اللهُ أُمُوْرَ الْمُسْلِمِيْنَ
صَرَفَ اللهُ شَرَّ الْمُؤْذِيْنَ (x3)
18. Semoga
Allah memperbaiki urusan kaum muslimim dan menghindarkan mereka dari kejahatan
orang-orang yang suka menggangu. (3X)
Diriwayatkan oleh Abu Darda’ bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda: “Tiada seorang mukmin pun yang berdoa untuk kaumnya yang tidak bersamanya, melainkan akan didoakan oleh Malaikat, “Sama juga untukmu”.
يَا عَلِيُّ يَا كَبِيْرُ يَا عَلِيْمُ يَا
قَدِيْرُ يَا سَمِيعُ يَا بَصِيْرُ يَا لَطِيْفُ يَا خَبِيْرُ (x3)
19. Wahai Tuhan Yang Maha Mulia, lagi Maha Besar, Yang Maha Mengetahui lagi Sentiasa Sanggup, Yang Maha Mendengar lagi
Melihat. Yang Maha
Lemah-Lembut lagi Maha Mengetahui (3X)
Surah 17: Al Israil: Ayat 110: “Katakanlah (wahai
Muhammad): "Serulah nama “Allah” atau “Ar-Rahman”, yang mana sahaja kamu
serukan; kerana Allah mempunyai banyak nama yang baik serta mulia. Dan
janganlah engkau nyaringkan bacaan doa atau
sembahyangmu, juga janganlah engkau perlahankannya, dan gunakanlah sahaja satu cara yang sederhana antara itu."
ياَ فَارِجَ الهَمِّ يَا كَاشِفَ الغَّمِّ
يَا مَنْ لِعَبْدِهِ يَغْفِرُ وَيَرْحَمُ (x3)
20. Wahai Tuhan yang melegakan dari dukacita, lagi melapangkan dada
dari rasa sempit. Wahai Tuhan yang
mengampuni dan menyayangi hamba-hamba-Nya. (3X)
Dari Abu Dawud, diriwayatkan daripada Anas ibn Malik: “Ketika saya bersama Rasulullah s.a.w., ada seseorang berdoa, “Ya Allah saya meminta kerana segala pujian ialah untuk-Mu dan tiada Tuhan melainkan-Mu, Kamulah yang Pemberi Rahmat dan yang Pengampun, Permulaan Dunia dan Akhirat, Maharaja Teragung, Yang Hidup dan Yang Tersendiri”.
Rasulullah s.a.w. bersabda: “Dia berdoa kepada Allah
menggunakan sebaik-baik nama- nama-Nya, Allah akan memakbulkannya kerana
apabila diminta dengan nama-nama-Nya Allah akan memberi.
أَسْتَغْفِرُ اللهَ رَبَّ الْبَرَايَا أَسْتَغْفِرُ اللهَ مِنَ
الْخَطَاياَ (x4)
21. Aku
memohon keampunan Allah Tuhan Pencipta
sekalian makhluk, aku memohon keampunan Allah dari sekalian kesalahan. (4X)
Surah 4: An-Nisa’: Ayat 106: “Dan hendaklah engkau
memohon keampunan daripada Allah; sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun, lagi
Maha Mengasihani.”
Surah 11: Hud: Ayat 90: “Dan mintalah keampunan Tuhanmu,
kemudian kembalilah taat kepada-Nya. Sesungguhnya Tuhanku Maha Mengasihani,
lagi Maha Pengasih”
لاَ إِلَهَ إِلاَّ
اللهُ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ (x25)
22. Tiada Tuhan Melainkan Allah (50X)
Komentar tentang kalimah tauhid sangat panjang. Kalimah
“La ilaha illallah” ini adalah kunci syurga. Diriwayatkan oleh Abu Dzar bahawa
Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Allah tidak membenarkan seseorang masuk ke neraka jikalau dia mengucapkan
kalimah tauhid ini berulang-ulang kali.”
مُحَمَّدٌ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَآلِهِ وَسَلَّمَ وَشَرَّفَ وَكَرَّمَ وَمَجَّدَ وَعَظَّمَ وَرَضِيَ اللهُ تَعاَلَى عَنْ اَهْلِ بَيْتِهِ الطَّيِّبِيِنَ الطَّاهِرِيْنَ وَأَصْحَابِهِ الأَكْرَمِيْنَ الْمُهْتَدِيْنَ. وَأَزْوَاجِهِ الطَّاهِرَاتِ أُمَّهَاتِ الْمُؤْمِنِيْنَ. وَالتَّابِعِيْنَ وَ التَّابِعِيْنَ لَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ وَعَلَيْناَ مَعَهُمْ وَفِيْهِمْ بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ
23. Muhammad Rasulullah, Allah Mencucurkan Selawat dan Kesejahteraan
keatasnya dan keluarganya. Moga-moga dipermuliakan, diperbesarkan, dan
diperjunjungkan kebesarannya. Serta Allah Ta'ala meredhai akan sekalian keluarga dan sahabat
Rasulullah, sekalian tabi'in dan yang mengikuti mereka dengan kebaikan dari
hari ini sehingga Hari Kiamat, dan semoga kita bersama mereka dengan rahmat-Mu
wahai Yang Maha Pengasih
daripada yang mengasihani.
بِسْم اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ. قُلْ
هُوَ اللهُ أَحَدٌ. اَللهُ الصَّمَدُ. لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يٌوْلَدْ. وَلَمْ يَكُنْ
لَهُ كُفُوًا أَحَدٌ
24. . Dengan Nama Allah Yang Maha
Pengasih lagi Maha Penyayang. Katakanlah (wahai Muhammad): “Dialah Allah Yang Maha Esa; Allah Yang menjadi tumpuan segala
permohonan; Ia tidak beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan; Dan tidak ada
sesiapapun yang sebanding dengan-Nya. Surah Al-Ikhlas (3X)
Dari Imam Bukhari, diriwayatkan daripada Abu Sa’id
al-khudri; seseorang mendengar bacaan surah al-Ikhlas berulang-ulang di masjid.
Pada keesokan paginya dia datang kepada Rasulullah s.a.w. dan sampaikan perkara
itu kepadanya sebab dia menyangka
bacaan itu tidak cukup dan lengkap. Rasulullah s.a.w
berkata, “Demi tangan yang memegang nyawaku, surah itu seperti sepertiga al
Quran!”
Dari Al-Muwatta', diriwayatkan oleh Abu Hurairah; Saya sedang berjalan dengan Rasulullah
s.a.w, lalu baginda mendengar seseorang membaca surah al-Ikhlas. Baginda
berkata, “Wajiblah.” Saya bertanya kepadanya, “Apa ya Rasulallah?” Baginda
menjawab, “Syurga” (Wajiblah syurga bagi si pembaca itu).
بِسْم اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ. قُلْ
أَعُوْذُ بِرَبِّ الْفَلَقِ. مِنْ شَرِّ ماَ خَلَقَ. وَمِنْ شَرِّ غَاسِقٍ إِذَا وَقَبَ.
وَمِنْ شَرِّ النَّفَّاثَاتِ فِي الْعُقَدِ. وَمِنْ شَرِّ حَاسِدٍ إِذَا حَسَد.
25.
Dengan Nama Allah Yang Maha
Pengasih lagi Maha Penyayang. Katakanlah (wahai Muhammad); “Aku berlindung
dengan Tuhan yang
menciptakan cahaya subuh, daripada kejahatan makhluk-makhluk yang Ia ciptakan;
dan daripada kejahatan malam apabila ia gelap gelita; dan daripada (ahli-ahli
sihir) yang menghembus pada simpulan- simpulan ikatan; dan daripada kejahatan
orang yang dengki apabila ia melakukan kedengkiannya”.
Surah Al-Falaq
Diriwayatkan daripada Aisyah r.a katanya: Rasulullah s.a.w biasanya apabila ada salah
seorang anggota keluarga baginda yang sakit, baginda menyemburnya dengan
membaca bacaan-bacaan. Sementara itu, ketika baginda menderita sakit yang
menyebabkan baginda wafat, aku juga menyemburkan baginda dan mengusap baginda
dengan tangan baginda sendiri, kerana tangan baginda tentu lebih banyak
berkatnya daripada tanganku.
قُلْ أَعُوْذُ بِرَبِّ النَّاسِ. مَلِكِ النَّاسِ. إِلهِ النَّاسِ.
مِنْ شَرِّ الْوَسْوَاسِ الْخَنَّاسِ. اَلَّذِيْ يُوَسْوِسُ فِي صُدُوْرِ النَّاسِ.
مِنَ الْجِنَّةِ وَالنَّاسِ.
26.
Dengan Nama Allah Yang Maha
Pengasih lagi Maha Penyayang. Katakanlah (wahai Muhammad): “Aku berlindung
dengan Tuhan sekalian manusia. Yang Menguasai
sekalian manusia, Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia, Dari kejahatan
pembisik penghasut yang timbul tenggelam, Yang melemparkan bisikan dan
hasutannya ke dalam hati manusia, dari kalangan jin dan manusia”. Surah An-Nas
Dari Tirmidhi diriwayatkan daripada Abu Sa’id al-Khudri;
Nabi Muhammad s.a.w selalu meminta perlindungan daripada kejahatan jin dan
perbuatan hasad manusia. Apabila surah al-falaq dan an-nas turun, baginda
ketepikan yang lain dan membaca ayat-ayat ini sahaja.
اَلْفَاتِحَةَ إِلَى رُوحِ سَيِّدِنَا الشَّيْخِ الْكَبِيْرِ الْقُطْبِ
الشَّهِيْرِ الْفَقِيْهِ الْمُقَدَّمِ مُحَمَّدِ بْنِ عَلِي بَاعَلَوِي وَأُصُولِهِ
وَفُرُوعِهِ وَجَمِيْعِ سَادَاتِنَا آلِ بَاعَلَوِي، أَنَّ اللهَ يُعْلِيْ دَرَجَاتِهِمْ
فِي الْجَنَّةِ وَيُعِيْدُ عَلَيْنَا مِنْ بَرَكَاتِهِمْ وَ أَسْرَارِهِمْ وَأَنْوَارِهِمْ
وَ عُلُوْمِهِمْ وَ نَفَحَاتِهِمْ فِي الدِّيْنِ وَالدُّنْيَا وَالآخِرَةِ. (بِسْمِ
اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ. اَلْحَمْدُ للهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ. اَلرَّحْمنِ
الرَّحِيْمِ. ماَلِكِ يَوْمِ الدِّيْنِ. إِيِّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِيْنُ.
اِهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيْمَ. صِرَاطَ الَّذِيْنَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ
الْمَغْضُوْبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّآلِّيْنَ
27.
Bacalah Al-fatihah kepada roh Penghulu kita al-Faqih
al-Muqaddam, Muhammad ibn Ali Ba’alawi, dan kepada asal-usul dan keturunannya,
dan kepada semua penghulu kita dari keluarga bani ‘Alawi, moga-moga Allah tinggikan darjat mereka di syurga, dan memberi
kita manfaat dengan mereka, rahsia-rahsia mereka, cahaya mereka di dalam agama,
dunia dan akhirat.
28. Bacalah al-fatihah kepada roh-roh Penghulu kita Ahli Ahli
Sufi, di mana saja roh mereka berada, di timur atau barat, moga moga Allah
tinggikan darjat mereka di syurga, dan memberi kita manfaat dengan mereka,
ilmu-ilmu mereka, rahsia-rahsia mereka, cahaya mereka, dan golongkan kami
bersama mereka dalam keadaan baik dan afiah.
29. Bacalah fatihah kepada roh Penyusun Ratib ini, Qutbil-Irshad,
Penyelamat kaum dan negaranya, Al-Habib Abdullah ibn Alawi Al-Haddad, asal-usul
dan keturunannya, moga moga Allah meninggikan darjat mereka di syurga, dan
memberi kita manfaat dari mereka, rahsia-rahsia mereka, cahaya dan berkat
mereka di dalam agama, dunia dan akhirat.
30. Bacalah Fatihah kepada hamba hamba Allah yang soleh, ibu
bapa kami, mukminin dan mukminat, muslimin dan muslimat, moga moga Allah
mengampuni mereka dan merahmati mereka dan memberi kita manfaat dengan rahsia
rahsia dan barakah mereka.
(دعاء)
31. Berdoalah
disini apa yang di hajati. :
Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan
mentadbirkan sekalian alam, segala puji pujian bagi-Nya atas penambahan
nikmat-Nya kepada kami, moga moga Allah mencucurkan selawat dan kesehahteraan
ke atas Penghulu kami Muhammad, ahli keluarga dan sahabat-sahabat
baginda. Wahai Tuhan, kami
memohon dengan haq (benarnya) surah fatihah yang Agung, iaitu tujuh ayat yang
selalu di ulang-ulang, bukakan untuk kami segala perkara kebaikan dan
kurniakanlah kepada kami segala kebaikan, jadikanlah kami dari golongan insan
yang baik; dan peliharakanlah kami Ya tuhan
kami. sepertimana Kamu memelihara hamba-hambaMu yang baik, lindungilah agama
kami, diri kami, anak anak kami, sahabat-sahabat kami, serta semua yang kami
sayangi dari segala kesengsaraan, kesedihan, dan kemudharatan. Sesungguhnya
Engkaulah Maha Pelindung dari seluruh kebaikan dan Engkaulah yang mengurniakan
seluruh kebaikan dan memberi kepada sesiapa saja kebaikan dan Engkaulah yang
Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Amin Ya Rabbal Alamin.
32. Ya Allah, sesungguhnya kami memohon keredhaan dan syurga-Mu;
dan kami memohon perlindungan-Mu dari kemarahan-Mu dan api neraka. (3X)
Dari Tirmidhi dan Nasa’i, diriwayatkan daripada Anas ibn
Malik: Rasulullah s.a.w. bersabda,
“Jikalau sesiapa memohon kepada Allah untuk syurga tiga kali, Syurga akan
berkata, “Ya Allah bawalah
dia ke dalam syurga;” dan jikalau ia memohon perlindungan dari api neraka tiga
kali, lalu neraka pun akan berkata, “Ya Allah
berilah dia perlindungan dari neraka.”