Senin, 15 April 2019

TERJEMAH RATIB AL-ATHAS LATIN




Bacalah Al-Fatihah kepada Hadratul Habib, penghulu kita Nabi Muhammad dan juga kepada keluarga Baginda dan para sahabat dan kepada pengikut-pengikut Baginda, Al-Fatihah dibacakan kepada Roh penghulu kita al-Habib Umar bin Abdul Rahman empunya Ratib, dan Syeikh ‘Alibin Abdullah al-Baraas dan kepada asal-usulnya dan keturunan mereka itu. Moga-moga Allah meliputikan mereka itu dengan RahmatNya dan KeampunanNya. Al-Fatihah.
Aku berlindung dengan Allah dari Syaitan yang dirajam
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam, Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, Yang menguasai haripembalasan. Akan Dikau kami menyembah dan akanDikau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalanyang lurus, (yaitu) jalan orang-orang yang telah Engkauanugerahkan ni’mat kepada mereka, bukan (jalan) merekayang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.Amiin
Aku berlindung dengan Allah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui daripada syaitan yang direjam.(3 kali)
Kalau Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini kepada sebuah gunung, pasti kamu akan melihatnya tunduk terpecah belah disebabkan ketakutannya kepada Allah dan perumpamaan-perumpamaan itu Kami buat untuk manusia supaya mereka berfikir. Dialah Allah yang tiada Tuhan selain Dia, yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, Dia-lah yang MahaPemurah lagi Maha Penyayang. Dialah Allah yang tiada Tuhan selain Dia, Raja, yang Maha Suci, yang Maha Sejahtera, yang Mengaruniakan Keamanan, yang Maha Memelihara, yang Maha perkasa, yang Maha Kuasa, yang memiliki segala Keagungan, Mahasuci Allah dari apa yang mereka persekutukan. Dialah Allah yang Menciptakan, yang Mengadakan, yang membentuk Rupa, yang mempunyai Asmaaul Husna bertasbih kepadanya apa yang di langit dan bumi. Dan Dialah yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.
Aku berlindung dengan Allah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui dari syaitan yang direjam (3 kali)
Aku berlindung dengan kalimat-kalimat Allah yang sempurna dari kejahatan barang yang telah dijadikan olehNya. (3 kali)
Dengan nama Allah yang dengan namaNya tiada suatu pun, baik di bumi maupun di langit dapat memberi bencana, dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. (3 kali)
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, dan Tiada daya aku mengerjakan ibadat dan tiada upaya aku meninggalkan maksiat melainkan dengan pertolongan Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.(10 kali)
Dengan nama Allah yang yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. (3 kali)
Dengan nama Allah berlindung kami dengan Allah, dengan nama Allah bertawakkal kami dengan Allah. (3 kali)
Dengan nama Allah, beriman kami dengan Allah, barangsiapa yang beriman dengan Allah tiada jenis takut di atasnya. (3 kali)
Maha suci Allah kemuliaan Allah, maha suci Allah kebesaran Allah. (3 kali)
Maha Suci Allah dan dengan kepujianNya, Maha suci Allah yang Maha Agung. (3 kali)
Maha suci Allah dan segala kepujian itu bagi Allah, dan tiada Tuhan melainkan Allah dan Allah itu Maha Besar.(4 kali)
Wahai yang Maha Lemah Lembut dengan segala kejadianNya, wahai yang Maha Mengetahui dengan segala kejadianNya, wahai yang Maha Menghalusi dengan segala kejadianNya, Perlembutkanlah segala takdirMu dengan kami, wahai Tuhan Yang Amat Mengetahui, wahai TuhanYang Amat Menghalusi. (3 kali)
Wahai Yang Maha Lembut tiada hilang selamanya, perlembutkanlah dengan kami pada barang yang Engkau takdirkan. Bahawa sesungguhnya Engkau Maha Lembut tiada kurang selamanya, maka perlembutkanlah segala yang ditakdirkan dengan kami dan orang Muslimin.(3 kali)
Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah.(50 kali)
Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, Nabi Muhammad itu pesuruh Allah. (1 kali)
Memadalah akan kami oleh Allah, dan Dialah sebaik-baik yang diwakilkan penjagaan. (7 kali)
Ya Allah, cucurkanlah selawat ke atas penghulu kamiNabi Muhammad, Ya Allah, cucurkanlah selawat ke atasBaginda Rasul dan salamMu. (10 kali)
Ya Allah, cucurkanlah selawat ke atas penghulu kami Nabi Muhammad, Wahai Tuhanku, cucurkanlah selawat ke atas Baginda Rasul dan salamMu. (1 kali)
Aku memohon keampunan Allah. (11 kali)
Sebagai mereka yang bertaubat kepada Allah. (3 kali)
Ya Allah memohon kami dengannya, memohon kami dengannya, kami pohonkan dengan baik kesudahan.(3 kali)
(Mereka berdoa): "Ampunilah kami Ya Tuhan kami dan kepada Engkaulah tempat kembali. "Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (mereka berdoa): "Ya Tuhan Kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. beri ma'aflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah penolong Kami, Maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir." (Al-Fatihah)

Bacalah Al-Fatihah kepada penghulu kita, kekasih kita, pensyafaat kita, Rasul kita, Nabi Muhammad bin Abdullah dan juga kepada keluarga Baginda dan para sahabat dan juga kepada isteri-isteri dan zuriat Baginda. Moga-moga Allah mengangkatkan darjat-darjat mereka itu di dalam SyurgaNya, dan memberikan kemanfaatan kepada kami dengan rahsia-rahsia mereka, cahaya-cahaya mereka, ilmu-ilmu mereka pada Agama dan dunia, dan jadikanlah kami bersama-sama mereka, dan rezekikan kami kasih sayang mereka, dan matikanlah kami di atas jalan mereka dan kumpulkanlah kami bersama-sama perhimpunan mereka. (Al-Fatihah)

Bacalah Al-Fatihah kepada penghulu kita, al-Faqeeh Muqadddam, al-Habib Muhammad bin AliBa’alawi dan kepada asal-usul keturunannya dan sekalian mereka yang mempunyai hak ke atas beliau. Moga-moga Allah mengampuni Ia bagimereka dan merahmati Ia akan mereka serta mengangkatkan darjat-darjat mereka itu di dalam SyurgaNya, dan memberikan kemanfaatan kepada kami dengan rahsia-rahsia mereka, cahaya-cahaya mereka, ilmu-ilmu mereka dan hembusan ma’rifah mereka pada Agama dan dunia dana khirat. (Al-Fatihah)
Bacalah Al-Fatihah kepada penghulu kita, kekasih kita dan tempat pegangan kita, empunya Ratib, Quthub Anfaas al-Habib Umar bin Abdul Rahman al-Attas dan Syeikh ‘Ali bin Abdullah al-Baraas dan kepada asal-usul mereka itu dan sekalian mereka yang mempunyai hak ke atas mereka itu. Moga-moga Allah mengampuni Ia bagi mereka dan merahmati Ia akan mereka serta mengangkatkan darjat-darjat mereka itu di dalam SyurgaNya, dan memberikan kemanfaatan kepada kami dengan rahsia-rahsia mereka, cahaya-cahaya mereka dan ilmu-ilmu mereka pada Agama dan dunia dana khirat. (Al-Fatihah)
Bacalah Al-Fatihah kepada segala Roh-roh para Aulia’, orang-orang soleh dan Ikutan-ikutan yang diberi petunjuk. Kemudian kepada Ayah bonda kami, guru-guru dan pengajar kami dan sekalian mereka yang mempunyai hak ke atas kami. Kemudiannya kepada segala Roh Muslimin Muslimat, Mukminin Mukminat di dalam daerah ini. Moga-moga Allah mengampuni Ia bagi mereka dan merahmati Ia akan mereka serta mengangkatkan darjat-darjat mereka itu di dalam SyurgaNya, dan memberikan kemanfaatan kepada kami dengan rahsia-rahsia mereka, cahaya-cahaya mereka dan ilmu-ilmu mereka pada Agama dan dunia danakhirat. (Al-Fatihah)

Bacalah Al-Fatihah yang dengan rahsianya dikabulkan segala niat kita dan disempurnakan setiap yang diminta dan yang dicita-cita, dan membaikkan pekerjaan kita yang zahir maupunyang batin, pada Agama, dunia dan akhirat.Dengan keberkatan Al-Fatihah menolakkan bagi segala jenis kejahatan dengan mendapatkan segala kebaikan bagi kami, Ayah bonda kami, kekasih kami dan guru-guru kami, dan Qariah kami, dan jemaah kami pada Agama beserta kelembutanMu dan kesejahteraan daripadaMu, dan di atas niat demikian, moga-moga Allah menyinari hati sanubari kami dengan cahaya petunjuk, ketakwaan dan kejernihan, dan bahawa dimatikan kami di atas Agama Islam dan iman di atas jalan Ahli Sunnah wal Al-Jamaah

Dengan ketiadaan dugaan dan cubaan, dengan berkat kebesaran penghulu cucu cicit Adnan bahawa dihimpunkan bagi tiap-tiap niat yang baik dan menambahkan dan mengasih-sayangkan pada kemuliaan al-Habib Nabi Muhammad, moga-moga Allah mencucuri rahmatNya ke atas Baginda dan juga ke atas keluarga dan sahabat Baginda sekaliannya. Al-Fatihah.


(Doa Ratib)
Segala pujian tertentu bagi Allah, Tuhan sekalian alamakan sebagai pujian yang mencukupi akan ni’matNya dan yang memadakan akan penambahanNya, wahai Tuhankami, bagiMu-lah kepujian yang layak bagi kebesaranzatMu dan keagungan pemerintahanMu. Maha suciEngkau yang tiada terhingga kepujian ke atasMu seperti barang yang memuji Engkau atas diriMu sendiri. Maka bagiMu itu kepujian sehingga bahawa redho Engkau, dan bagiMu kepujian apabila redha Engkau, dan bagiMu kepujian kemudian daripada keredhaan. Ya Allah, Cucurkanlah Selawat dan Salam ke atas penghulu kami, Nabi Muhammad pada sekalian orang-orang yang awal, Cucurkanlah Selawat dan Salam ke atas penghulu kami, Nabi Muhammad pada sekalian orang-orang yang akhir, Cucurkanlah Selawat dan Salam ke atas penghulu kami, Nabi Muhammad pada tiap-tiap waktu dan keadaan, Cucurkanlah Selawat dan Salam ke atas penghulu kami, Nabi Muhammad pada sekalian nabi, Cucurkanlah Selawat dan Salam ke atas penghulu kami, Nabi Muhammad pada sekalian rasul, Cucurkanlah Selawat dan Salam ke atas penghulu kami, Nabi Muhammad pada sekalian malaikatMu yang tinggi,

Cucurkanlah Selawat dan Salam ke atas penghulu kami, Nabi Muhammad sehingga mewariskanlah olehMu akan bumi dan mereka di atasnya, dan Engkau itu sebaik-baik yang mewariskan, Cucurkanlah Selawat dan Salam ke atas penghulu kami, Nabi Muhammad dan juga ke atas ahli keluarga Baginda dan sahabat sekaliannya.

Fatihah.Ya Allah, ya Tuhanku, sesungguhnya kami memohon penjagaanMu dan pertolonganMu akan agama kami,dan badan kami, dan diri kami, dan harta kami, dan ahli keluarga kami, dan tiap-tiap sesuatu yang telah Engkau anugerahkan kepada kami. Ya Allah, jadikanlah kami dan akan sekalian mereka itu di dalam pengawasanMu, di dalam keamananMu, di dalam perlindunganMu, di dalam daerahMu dari padasetiap syaitan yang derhaka, dan penindas yang degil, dan yang empunya mata kedengkian, dan mata kebencian, dan tiap-tiap kejahatan daripada yang empunya kejahatan, bahawasanya Engkau di atas segala sesuatu itu amat Kuasa. Ya Allah, liputikanlah diri kami dari pada perkara yang mendatangkan penyesalan pada diri dan harta, bahawa sesungguhnya Engkau itu itu yang Mendengarkan doa.

Dan cucurkanlah selawat ya Allah dengan kecantikanMU dan kebesaranMu ke atas penghulu kami, Nabi Muhammad, dan juga ke atas keluarga Junjungan serta sahabat Baginda sekaliannya. Dan rezekikan kami kiranya ya Allah, akan kesempurnaan mengikut bagi Junjungan besar pada zahir maupun batin, wahai Tuhan yang Maha Mengasihani dari segala yang mengasihani.(3 kali). Dengan AnugerahMu, Maha Suci Tuhan, kemulianMu-lah dari segala apa yang mereka sifatkan, dan salam sejahtera ke atas sekalian Rasul, dan segala kepujian itu tentulah miliknya bagi Allah,Tuhan sekalian alam.



Tidak ada komentar:

Posting Komentar

FALSAFAH SYAIR ALFIYAH IBNU MALIK

FALSAFAH SYAIR ALFIYAH IBNU MALIK   ALFIYAH IBNU MALIK, siapapun akan mengetahuinya, anak kecil, orang dewasa, dan bahkan mingkin orang yang...